fbpx
Tangkap layar klip video yang memaparkan seorang warga Palestin menunjukkan produk Gold Coin daripada syarikat F&NHB di Palestin.

F&N nafi ada hubungan perniagaan dengan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) menegaskan syarikat itu tidak mempunyai sebarang urusan atau hubungan perniagaan dengan Israel.

Penegasan itu bagi menafikan penggunaan bahasa dan tulisan dipercayai mirip negara Zionis pada pembungkusan produk Gold Coin seperti sebuah klip video yang tular di media sosial.

F&NHB berkata, produk tersebut telah dieksport secara eksklusif untuk manfaat pasaran Palestin.

“Pada pembungkusannya tertera dengan jelas bahawa produk ini diimport oleh pelanggan kami, Food Collection Co., yang berpusat di Bandar Ramallah, Palestin, serta memaparkan teks dalam bahasa Inggeris, Arab dan Ibrani selaras dengan syarat tempatan seperti yang diminta oleh pelanggan kami.

“F&NHB kekal komited untuk menghormati sensitiviti masyarakat tempatan dan sentimen pengguna kami, serta berdiri seiring dengan mereka yang memperjuangkan keamanan dan keadilan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, F&NHB berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana telah memaklumkan perkara itu dan amat menghargai kepercayaan yang berterusan terhadap syarikat itu.

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian pengguna kami di 1800-88-1988 atau [email protected],” ujarnya.

Terdahulu, tular di aplikasi TikTok, seorang warga Palestin telah menunjukkan produk didakwa keluaran syarikat terbabit yang tertera tulisan Ibrani bersama logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI