fbpx
Suspek (depan, kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, hari ini.

Fasilitator ‘sentuh’ murid di kem motivasi disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Tempoh reman seorang fasilitator lelaki yang disyaki mencabul empat murid lelaki berusia 12 tahun ketika menyertai program di sebuah kem motivasi di Kampung Genting di sini, disambung lagi tiga hari.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek disambung reman bermula hari ini sehingga 25 Oktober bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, media melaporkan suspek yang berusia 33 tahun direman selama tujuh hari bermula 16 Oktober sehingga 21 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kejadian dipercayai berlaku pada 12 Oktober lalu ketika program motivasi membabitkan sebuah sekolah kebangsaan dari daerah Kerian, Perak.

Suspek yang merupakan fasilitator jemputan dikatakan bertindak mencabul mangsa ketika waktu tidur di asrama penginapan kem motivasi berkenaan.

Suspek dikatakan telah menyentuh badan keempat-empat mangsa mangsa tanpa kerelaan mereka.

Mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada guru besar selepas pulang dari kem berkenaan sebelum laporan polis dibuat semalam oleh guru besar berkenaan di Balai Polis Bagan Serai, Perak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI