fbpx
DUA maut selepas kereta dinaiki terbakar selepas terlibat kemalangan dalam kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Tanjung Balau, Kota Tinggi, awal pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

Dua rentung, kereta terbabas dalam kebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang lelaki dan wanita maut selepas kereta dinaiki hangus terbakar dalam kejadian di kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Tanjung Balau di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Faizal Ahmad berkata, kedua-duanya dipercayai terperangkap dalam kereta Toyota Vios tersebut selepas kenderaan dinaiki dipercayai melanggar pokok sebelum terbakar.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 4.48 pagi sebelum lapan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kereta tersebut terbabas dan melanggar sebatang pokok lalu terbakar. Terdapat dua mangsa, seorang lelaki berusia 21 tahun, manakala seorang lagi wanita yang belum diketahui identitinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kereta berkenaan terbakar 93 peratus. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN