fbpx
Trump

Donald Trump tiba di KL Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijadual tiba di Malaysia Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Memaklumkan perkara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kehadiran Trump telah disahkan secara rasmi semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu.

“Sah, Donald Trump akan tiba di Malaysia pada 26 Oktober dan sekiranya terdapat sebarang perubahan, perkara itu akan dimaklumkan oleh Kementerian Luar,” katanya.

Beliau berkata demikuan selepas meninjau Pusat Media Antarabangsa (IMC) dan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) di KLCC hari ini.

Fahmi bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perincian lawatan sulung Presiden Amerika Syarikat itu ke Kuala Lumpur sejak kembali menduduki Rumah Putih buat kali kedua pada November lalu.

Semalam, Trump dilapor mengesahkan secara terbuka rancangan lawatannya ke Malaysia dalam masa terdekat, namun tidak menghuraikan lebih lanjut mengenai jadual atau agenda pertemuannya di negara ini.

Sidang kemuncak bertemakan Keterangkuman dan Kemampanan berlangsung dari 26 Oktober sehingga 28 Oktobrr itu akan menghimpunkan pemimpin tertinggi daripada 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India.

Sidang kali ini dijangka menjadi acara terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak kali pertama diadakan pada 1976 sekali gus mencerminkan keyakinan dan minat tinggi masyarakat antarabangsa terhadap kepimpinan Malaysia sebagai tuan rumah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI