fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita-wanita itu menyanyi lagu dangdut sambil berpakaian seksi. - Instagram

‘Backdrop’ lain, persembahan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekumpulan wanita menerima kecaman orang ramai apabila membuat persembahan sambil mengenakan pakaian seksi pada majlis didakwa perasmian sebuah masjid di Temanggung, wilayah Jawa Tengah, lapor portal berita Detik. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @respons.media menunjukkan kumpulan wanita itu menyanyikan lagu dangdut sambil memakai dres pendek paras paha. 

Sementara itu, Penghulu Kampung Jambon, Lilis Suharti menjelaskan bahawa persembahan tersebut bukan sebahagian daripada perasmian masjid. 

“Sepanduk itu memang salah. Apa boleh buat? Tiba-tiba ada yang tangkap layar kemudian dikongsikan di media sosial sehingga menimbulkan komen negatif,” kata Lilis. 

Tambah Lilis, majlis perasmian masjid berlangsung pada 10 September, manakala persembahan itu diadakan pada hari berikutnya dengan jawatankuasa berbeza. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN