fbpx
GAMBAR tular menunjukkan warna air Sungai Perak dekat Kampung Sungai Papan, Gerik yang bertukar kebiruan disyaki akibat pencemaran.

Air Sungai Perak bertukar jadi biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Jabatan Alam Sekitar Perak akan mengambil sampel air Sungai Perak di Kampung Sungai Papan, Gerik bagi mengenal pasti punca air sungai bertukar kebiruan disyaki akibat pencemaran.

Pengarahnya, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, pegawai penyiasat dihantar ke lokasi sebaik menerima maklumat, namun sampel air sungai tidak dapat diambil ekoran hujan lebat.

“Sampel air sungai itu akan diambil sekiranya cuaca kembali baik. Ketika ini keadaan di lokasi masih hujan lebat dan berisiko tinggi kepada pegawai penyiasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai perubahan warna air di hulu Sungai Perak di Kampung Sungai Papan, Gerik yang didapati bertukar menjadi biru seperti air laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN