fbpx

5 juta tanda suka, Deepika Padukone akhirnya dedah wajah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS lebih setahun melahirkan anak sulung, akhirnya pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan wajah anak perempuannya bersama Ranveer Singh buat tatapan umum.

Deepika dan Ranveer masing-masing berkongsi foto mereka sekeluarga bersempena sambutan hari Diwali.

Ramai netizen yang teruja kerana buat pertama kalinya mereka dapat melihat wajah comel puteri pasangan popular itu yang diberi nama Dua Singh Padukone.

“Comelnya Dua. Wajahnya kelihatan lebih seiras dengan Ranveer,” komen netizen.

Hantaran tersebut mendapat hampir lima juta tanda suka dan hampir 80 ribu komen daripada netizen termasuklah selebriti terkenal Bollywood.

“Wow dia kelihatan seperti mamanya versi mini. Semoga Tuhan memberkati Dua,” komen pelakon terkenal Bipasha Basu.

Di sebalik keterujaan netizen dapat melihat wajah Dua buat pertama kali, ada juga komen-komen nakal yang mendakwa foto-foto tersebut dihasilkan menerusi kaedah AI.

Sebelum ini juga Deepika pernah dituduh memalsukan kehamilannya kerana berani tampil memakai kasut tumit tinggi ketika sedang sarat mengandung sewaktu mempromosikan filem lakonannya.

Untuk rekod Deepika dan Ranveer berkahwin pada Oktober 2018 dan kemudian menyambut kelahiran puteri sulung mereka pada 8 September 2024. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI