fbpx
Tangkap layar video kamera papan pemuka dari sebuah kenderaan lain memaparkan kemalangan tersebut.

[VIDEO] Pemandu Land Rover pandu melulu di NKVE ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun selepas dipercayai memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata pihaknya menerima laporan kemalangan yang membabitkan dua lori dan tiga kereta tersebut pada pukul 11 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal dilakukan oleh Unit Siasatan Lebuhraya Zon Tengah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku pada Sabtu lalu (18 Oktober) sekitar pukul 5.17 petang apabila sebuah kereta jenis Land Rover berwarna hitam dipandu secara melulu sebelum terbabas ke kanan jalan.

“Tidak lama kemudian, sebuah lori yang datang dari arah belakang melanggar beberapa kenderaan lain yang sedang memperlahankan kelajuan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan tersebut, Shamsudin berkata pemandu Land Rover ditahan untuk membantu siasatan.

“Semakan lanjut mendapati suspek tiada rekod lampau berkaitan jenayah atau dadah,” katanya

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.

Terdahulu tular video kamera papan pemuka dari sebuah kenderaan memaparkan kereta jenis Land Rover memandu laju dari arah kiri dan memotong ke arah kanan semula sebelum terbabas ke bahu jalan.

Kemalangan itu menyebabkan beberapa kenderaan turut dilanggar oleh lori lain yang tidak sempat berhenti di lebuh raya tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI