fbpx
Tangkap layar video tular seorang remaja lelaki OKU sedang membetulkan tudung dipakai neneknya sewaktu di dalam KTM Komuter Utara.

[VIDEO] ‘Dia dah tentu syurga, ditambah jaga syurga dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) membetulkan tudung neneknya di dalam KTM Komuter Utara mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok @Caen_super77 memperlihatkan, remaja OKU tersebut duduk di sebelah seorang warga emas iaitu neneknya dan dia membetulkan tudung dipakai wanita tersebut.

Dalam masa sama, warga emas itu pula dilihat tidak kisah dengan perbuatan remaja tersebut.

“Dia dah tentu syurga, ditambah dia jaga syurga dia,” menurut kapsyen ditulis oleh @Caen_super77.

Menerusi ruangan komen, pada mulanya ramai yang menyangka warga emas itu ibu kepada remaja lelaki tersebut.

Bagaimanapun, terdapat komen-komen daripada pengguna media sosial termasuk seorang individu dipercayai kakak remaja tersebut yang memaklumkan warga emas itu adalah nenek mereka.

“Wah ini adik saya dengan tok (nenek) saya,” komen pengguna TikTok @Hazreenadriana.

Dalam masa sama, ada juga pengguna media sosial memaklumkan sering bertemu mereka berdua makan bersama-sama.

“Selalu jumpa tok dengan tokwan dia. Mai (datang) makan-makan kat Astaka Jelutong (George Town, Pulau Pinang). Baik adik ni,” kata Ammar.

Selain itu, ada yang meluahkan rasa sedih dan sebak melihat gelagat cucu bersama nenek tersebut selain mendoakan mereka dipermudah urusan bersama-sama.

“Terasa malu pada diri sendiri. Aku pendosa, bertuahnya adik ni,” komen Vallionsy.

“Tengok ni pun sis menangis. Ya Allah, semoga kehidupan awak sentiasa lancar rezeki adik,” kata Baizura. – KOSMO! ONLINE

@caen_super77Semoga Allah mudahkan urusan kluarga ini😢.. Aku pon x mampu nak jadi mcm dia😭..

♬ original sound – 💜jessie071082🐝🐝💜

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN