fbpx
Lokasi kejadian kes bunuh seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selasa lalu. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO

Suspek remaja tikam pelajar disambung reman seminggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelajar lelaki berusia 14 tahun yang disyaki menikam pelajar perempuan di sekolah menengah di Bandar Utama, di sini pada Selasa lalu disambung reman seminggu lagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata suspek disambung reman sehingga 28 Oktober ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pukul 9.10 pagi Selasa lalu, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui berlumuran darah di kawasan tandas sekolah akibat kecederaan parah dengan beberapa kesan tikaman pada leher dan badan.

Shamsudin berkata sehingga kini sebanyak 148 keterangan telah diambil daripada saksi bagi membantu siasatan.

Ibu mangsa, Wong Lee Ping, sebelum ini mendakwa, kira-kira 200 tikaman ditemui pada badan mangsa meliputi bahagian leher, termasuk bahagian rusuk, namun tiada kesan tikaman pada muka.

Lee Ping juga menafikan dakwaan bahawa mangsa mengenali suspek berusia 14 tahun tersebut, walaupun kedua-duanya bersekolah di tempat sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN