fbpx
SUSPEK diiringi anggota polis selepas diperintahkan untuk direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Foto oleh AMRAN ALI

Suspek libas remaja perempuan guna pisau direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Suspek yang disyaki mencederakan seorang remaja perempuan dengan melibas mangsa menggunakan pisau ketika membonceng motosikal di Jalan Tangga Batu petang semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 27 Oktober itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Sharda Shienha Mohd. Suleiman terhadap suspek yang berusia 25 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang remaja perempuan cedera selepas dipercayai dilibas dengan objek tajam oleh individu tidak dikenali ketika menunggang motosikal di Jalan Tangga Batu, Tanjung Kling kira-kira pukul 4.45 petang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, akibat kejadian itu mangsa berusia 19 tahun yang bekerja sebagai operator kilang mengalami luka sepanjang kira-kira tujuh sentimeter di bahagian pinggang belakang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN