PETALING JAYA – “Semakin tak bergunanya seseorang tu dalam organisasi, bos-bos akan bagi keistimewaan kepada dia dengan memberikan tugasan-tugasan yang mudah sahaja”.
Itu sebahagian pendedahan yang dibuat seorang individu mengenai ‘budaya’ negatif di tempat kerja.
Hantaran oleh pengguna dengan profil @Svet7joe itu berkata, tugasan yang sukar biasanya akan diberi kepada staf yang bagus dalam tugasan.
“Tugasan-tugasan yang susah akan diberikan kepada staf yang bagus dan komited.
“Staf yang bagus akan sentiasa bertambah kerja, dan staf yang tak berguna diberi ‘privilege’ (keistimewaan),” katanya.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan luahannya itu.
“Lepas tu staf yang tak berguna ni akan rasa dia lah yang terpaling disayangi bos,” kata @Emylia.ahmad1983.
“‘Performance punishment’ namanya,” komen @Valryst.
“Aku sokong. Lepas tu bila staf yang komited ‘burnt out’, staf yang tak guna tu ‘play victim’ dan berusaha tunjuk yang dia terpaling tenang dan menang,” ujar @Fariza_Zainal.
“Tapi staf yang diberi ‘privilege’ tu la yang kebanyakannya dapat anugerah cemerlang,” celah @Noraishahismail. – KOSMO! ONLINE