fbpx
FAISAL menyeru rakan sepasukan untuk mengekalkan fokus biarpun memiliki kelebihan besar keatas NSFC pada aksi kedua Piala FA. - FB SELANGOR FC

Piala FA: Selangor FC harus elak sikap riak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WALAUPUN sudah dianggap sebelah kali untuk layak ke separuh akhir Piala FA, belum ada sebarang jaminan buat Selangor FC untuk mula mengendurkan kualiti permainan.

Sebelum perlawanan timbal balik dimainkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Rabu minggu depan, Gergasi Merah harus melunaskan dua misi penting di pentas Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) menentang Persib Bandung dan bakal mengharungi derbi Lembah Klang bertemu Kuala Lumpur City, Ahad ini.

Selepas mula membawa perubahan kepada permainan pasukan, pengendali sementara Selangor FC, Christophe Gamel harus mengerah idea lebih segar bagi memastikan rentak positif ketika ini mampu dikekalkan.

Selepas memiliki kelebihan empat gol pada perlawanan pertama, kemaraan ke pusingan seterusnya dijangka akan memberi impak besar kepada Selangor FC khususnya buat Gamel bagi membolehkannya kekal selaku pengendali pasukan sekurang-kurangnya hingga akhir musim ini.

Kapten Selangor, Faisal Halim turut mengingatkan rakan sepasukannya supaya lebih waspada untuk berdepan cabaran selepas ini yang dianggap lebih sukar.

“Kita belum berjaya, kita kena kerja keras lagi dan perlu hadap satu perlawanan lagi. Saya harap semua pemain berada dalam terbaik untuk hadapi perlawanan selepas ini,” katanya.

Bagi juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang hanya mampu menang tipis 2-1 ke atas Penang FC, Harimau Selatan masih dianggap pilihan untuk mara kerana akan bermain di tempat sendiri pada perlawanan kedua.

Kuching City yang mencipta sensasi musim ini turut dilabel sebagai pilihan untuk mara ke separuh akhir memandangkan kelab dari Sarawak itu menang 4-1 ke atas Terengganu pada aksi pertama manakala peluang peluang Kelantan The Real Warriors dan Sabah masih dianggap seimbang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI