fbpx
Tangkap layar menunjukkan penjual itu mencuci bekas aluminium di dalam tandas kereta api di India. - X

Peniaga cuci bekas makanan dalam tandas untuk digunakan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang peniaga  menerima kecaman orang ramai apabila dirakam mencuci bekas aluminium yang dibuang di dalam tandas sebuah kereta api di India, lapor portal berita Economic Times. 

Penemuan itu dibuat oleh seorang penumpang di dalam kereta api 16601 baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @theskindoctor13 menunjukkan penjual terbabit sedang membersihkan beberapa bekas alumunium yang telah digunakan. 

Bekas-bekas itu bukan sahaja tidak dibersihkan dengan sabun, malah dibilas dengan air di dalam singki. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 674,000 tontonan dan sebilangan pengguna media sosial mendakwa bekas tersebut dipakai semula untuk menjimatkan kos. 

“Saya tidak menyangka bekas itu akan diguna semula untuk penumpang lain,” kata seorang netizen. 

The Indian Railway Catering & Tourism Corporation (IRCTC) tampil memohon maaf dan mengesahkan bahawa tindakan tegas akan diambil untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berulang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI