JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Madura, wilayah Jawa Timur mencuri perhatian ramai apabila memakai kalungan wang tunai yang melitupi seluruh badan mereka, lapor laman berita Wolipop.
Dalam video yang dimuat naik di platform TikTok, pasangan tersebut dilihat duduk di pelamin sambil tersenyum ketika ahli keluarga melilit badan mereka dengan lembaran wang yang disusun seperti kalung.
Tidak dinyatakan jumlah wang yang diberikan, namun ia dilihat bernominasi rupiah dan dolar Amerika.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.
“Bukan sedikit, mata wang dolar pun ada,” kata seorang pengguna media sosial.
“Adakah kesemua wang itu diberikan kepada pengantin atau perlu dibahagi kepada keluarga mentua?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI