fbpx
Phattharaporn dibawa turun dari gunung ketika hujan lebat. - Facebook

Pendaki parah disambar petir ketika hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang wanita berusia 30 tahun cedera parah selepas dipanah petir ketika mendaki Gunung Doi Pui Luang, wilayah Mae Hong Son baru-baru ini, lapor laman berita Thaiger.

Mangsa, Phattharaporn, merupakan salah seorang daripada kumpulan pendaki yang terdiri daripada 20 orang pada 11 Oktober lalu.

Sekitar pukul 7.45 malam (waktu tempatan), petir menyambar kumpulan tersebut yang sedang mendaki ke puncak, mencederakan Phattharaporn. 

Mangsa tidak sedarkan diri selepas kejadian itu dan melecur pada badan.

Beberapa pendaki memberikan bantuan kecemasan awal kepada mangsa dan membawanya menuruni gunung ketika hujan lebat. 

Selepas lebih dua jam, mereka tiba di kampung Ban Huai Hee, di mana ambulans sedang menunggu untuk membawa mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Susulan kejadian itu, Ketua Daerah Mueang Mae Hong Son, Yutthana Chadooree memberi amaran kepada pendaki supaya mematikan telefon bimbit mereka semasa ribut petir. 

Beliau menasihatkan mereka yang berada di kawasan lapang supaya mencangkung dan mengelak daripada berada dekat dengan pokok atau pondok yang tinggi kerana ia boleh disambar petir. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI