fbpx
Pasukan bomba membantu membawa naik mangsa yang terbabas ke dalam longkang di Sungai Korok, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pagi tadi.

Pemuda cedera, motosikal terbabas masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang pemuda terselamat selepas motosikal yang dia tunggang hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di Sungai Korok, Tasek Gelugor di sini, pagi tadi.

Mangsa, Ahmad Shafiq Abdullah, 31, bagaimanapun dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanan dan dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan dari Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.43 pagi tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat mangsa kemalangan melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor.

‘Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak KKM bagi menerima rawatan susulan. Operasi ditamatkan pada 4.54 pagi tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI