fbpx
Keadaan mangsa yang digilis lori dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Kota Samarahan/Tabuan Jaya, pagi tadi. - Foto Cherine Jon

Pembonceng maut digilis lori 10 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA SAMARAHAN – Seorang wanita maut dalam keadaan ngeri selepas digilis lori 10 tan, manakala seorang lelaki parah dalam kemalangan di Jalan Kota Samarahan/Tabuan Jaya, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Damataries Lautin berkata, kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu berlaku selepas motosikal dinaiki kedua-dua mangsa melanggar belakang sebuah kereta Proton Saga yang berhenti di lampu isyarat.

Katanya, kesemua kenderaan berkenaan datang dari arah Jalan Stakan menuju ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Siasatan awal mendapati semasa Proton Saga terbabit sedang berhenti di lampu isyarat, tiba-tiba telah dilanggar oleh motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa dari arah belakang.

“Akibat perlanggaran itu, pembonceng motosikal terbabit terjatuh ke lorong sebelah kiri dan digilis oleh lori 10 tan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, Damataries berkata pembonceng motosikal terbabit yang berusia 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggangnya yang berusia 32 tahun cedera parah.

Katanya kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI