fbpx
Lokasi kejadian di sebuah sekolah menengah dekat Petaling Jaya.

Pelajar lelaki tikam Shing Xuen didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pelajar lelaki yang menikam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama akan didakwa esok atas pertuduhan membunuh.

Perkara itu disahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

“AGC telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan mendapati terdapat asas yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap seorang pelajar lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut. Sehubungan itu, AGC memutuskan untuk mendakwa pelajar terbabit di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana kesalahan membunuh,” ujar kenyataan itu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan jasad pelajar perempuan yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya selamat disemadikan.

Mendiang Yap Shing Xuen,16, disemadikan secara pembakaran di Krematorium Nirvana Shah Alam.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis telah menahan supek yang juga seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, kejadian berlaku di dalam kawasan sekolah terbabit sekitar pukul 9.30 pagi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI