fbpx
Wan Jamal (kanan) menunjukkan kereta jenis Maserati Ghibli yang dirampas selepas sidang akhbar di Pejabat JKDM Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Parkir kondominium ‘sarang’ kereta mewah seludup dari Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Taktik licik sindiket penyeludupan yang menyembunyikan tujuh buah kereta mewah seludup dari Singapura bernilai RM1.22 juta termasuk cukai di parkir kondominium di sekitar Johor Bahru, Johor terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menyerbu kawasan tersebut baru-baru ini.

Kesemua kereta jenis Volkswagen Beetle, Volvo S80, BMW 325i, Maserati Ghibli, Toyota Vellfire, Mercedes Benz dan Honda Jazz itu dirampas sepanjang operasi yang bermula 1 September lalu.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, siasatan awal mendapati sindiket menjadikan parkir di kawasan kondominium sekitar Johor Bahru sebagai transit sementara sebelum menjual kereta tersebut kepada pelanggan di seluruh negara.

“Kebanyakan kereta seludup dari Singapura itu dijual pada harga 35 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Siasatan mendapati sindiket berkenaan aktif menjual kereta mewah melalui pelbagai cara termasuk dengan mempromosi menerusi media sosial,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JKDM Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan, melindungi atau memiliki barang tidak berkastam atau barang larangan import.

Dalam perkembangan lain, Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, JKDM Kelantan merampas sebanyak 47 unit kenderaan seludup dengan nilai rampasan melibatkan cukai bernilai RM6.38 juta sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN