fbpx
Gambar hiasan.

Orang Perak, Sarawak jaga-jaga, cuaca buruk pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Perak serta beberapa daerah sekitar Sarawak bakal berdepan cuaca buruk sehingga pukul 9 pagi ini.

Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak ketika ini.

Selain itu, cuaca buruk yang sama tertumpu di Sarawak melibatkan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Dalat dan Mukah), Kapit dan Bintulu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI