BAYANGKAN bagaimana rasanya apabila berpeluang membersihkan diri seperti sedang menikmati urutan spa lembut, tanpa perlu berbuat apa-apa selain duduk di dalam kapsul futuristik setiap hari di rumah. Pengalaman itu yang dijanjikan oleh mesin mandian automatik pertama dunia yang dibangunkan oleh syarikat terkenal dalam industri peralatan bilik mandi dan teknologi rawatan air berinovasi tinggi, Science Co. Ltd, berasal dari Jepun. Inovasi masa depan itu mencuri perhatian apabila ia dipamerkan di acara Ekspo Osaka 2025 yang berlangsung selama tujuh bulan bermula 13……