fbpx
Gambar hiasan.

Lencongan jalan sempena Petronas Grand Prix Malaysia 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melaksanakan lencongan trafik sempena penganjuran Petronas Grand Prix Malaysia 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pengarah JSPT, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, seramai 177 pegawai akan ditempatkan di lokasi strategik bagi membantu kawalan trafik serta memastikan keselamatan awam terpelihara.

“Antara laluan masuk orang awam ke Litar Antarabangsa Sepang adalah melalui bulatan Masjid KLIA menuju ke kawasan parkir SIC dan melalui lampu isyarat kuarters KLIA dari arah Sepang, Enstek, Labu dan Nilai.

“Selain itu melalui bulatan kargo KLIA ke Jalan Pekeliling menuju ke kawasan parkir SIC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Yusri berkata, bagi laluan keluar pula adalah dari kawasan parkir menuju ke lampu isyarat SIC, kemudian membelok kanan ke Jalan Kuarters KLIA untuk ke arah Sepang dan Enstek.

“Selain itu dari kawasan parkir menuju ke lampu isyarat Bukit Tinjau, kemudian membelok kiri ke Jalan Pekeliling menuju ke Bulatan Kargo,” katanya.

Beliau berkata, laluan khas turut disediakan bagi petugas PDRM dan tetamu kehomat (VIP) menggunakan sistem contra flow dari Bulatan Masjid KLIA ke kawasan paddock dan sebaliknya.

“JSPT menyeru semua pengunjung agar memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, menggunakan laluan alternatif yang disediakan serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesulitan dan kesesakan.

“Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam menjayakan acara bertaraf antarabangsa ini.

“JSPT sentiasa bersiap siaga memastikan kelancaran lalu lintas, keselamatan pengguna jalan raya dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI