fbpx
KEADAAN dua warga Myanmar yang ditemui mati dengan kesan kelar dan tikaman di sebuah hostel penginapan pekerja di Jalan Austin Height 8/3, Johor Bahru, malam semalam. Foto IHSAN POLIS

Lelaki kelar, tikam bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Dua warga Myanmar ditemui sudah tidak bernyawa dalam kejadian pergaduhan di sebuah hostel penginapan pekerja di Jalan Austin Height 8/3 di sini, malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.40 malam itu masing-masing melibatkan seorang wanita berusia 33 tahun dan lelaki berusia 30-an.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan awal mendapati suspek menyerang mangsa menggunakan sebilah pisau sebelum mengelar badan dan menikam tubuh mangsa.

“Selepas bertindak demikian, suspek yang dipercayai bekas teman lelaki mangsa kemudian bertindak membunuh diri.

“Dalam kejadian itu, dua saksi iaitu seorang wanita warga asing berusia 23 tahun dan lelaki tempatan berusia 27 tahun turut cedera ketika cuba menghalang suspek daripada terus menyerang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, motif suspek bertindak menyerang wanita berkenaan masih lagi dalam siasatan dan kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI