fbpx
HAALAND (kanan) meraikan jaringannya ketika menewaskan Everton dalam aksi EPL pada Sabtu lalu. - AFP

Ketajaman Haaland terus ditagih City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola terus mempertaruhkan ketajaman Erling Haaland yang kini sudah meledak 14 gol dalam 10 penampilan musim ini menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Villarreal awal pagi esok.

Haaland, 25, sekali lagi memainkan peranan penting merakam dua jaringan ketika menang 2-0 ke atas Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad pada Sabtu lalu.

Begitupun, Guardiola tetap merasakan beliau dalam dilema untuk aksi menentang Villarreal di laman keramat lawan, Stadium Ceramica gara-gara masalah kecederaan dihadapi beberapa pemain utama termasuk Rodri dan Nico O’Reilly.

Difahamkan, Rodri yang memenangi Ballon d’Or sebelum ini berdepan kecederaan otot, sekali gus memaksa Guardiola untuk merehatkannya selepas dia pulih daripada kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) musim lalu.

Ketiadaan pemain Sepanyol itu mungkin membuatkan City sedikit ‘tempang’ di bahagian tengah memandangkan dia memiliki pengaruh cukup besar bagi menghubungkan barisan pertahanan dan serangan.

“Saya tidak fikir dia (Rodri) akan bermain pada perlawanan menentang Villarreal nanti. Bukan sahaja Villarreal, dia juga mungkin terlepas untuk aksi bertemu Aston Villa (EPL).

“Saya fikir dia tidak akan berehat lama kerana ia hanya kecederaan otot tetapi kami perlu berhati-hati. Banyak kali saya sudah sebut kami tidak mahu dia kembali mengalami kecederaan serius,” katanya.

Berhubung kecederaan dialami O’Reilly, Guardiola menjelaskan, ia hanya kecederaan kecil dan pemain muda sedang meningkat naik itu mungkin berpeluang diturunkan ketika bertandang ke Villarreal nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI