fbpx
GYOKERES turut dikatakan berdepan masalah keyakinan apabila gagal menjaringkan gol dalam sembilan aksi berturut-turut. - AFP

Kemarau jaringan Gyokeres merisaukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atletico Madrid di Stadium Emirates awal pagi esok dianggap sebagai peluang terbaik buat penyerang Arsenal, Viktor Gyokeres menamatkan kemarau jaringan.

Setakat ini, bekas penggempur Sporting Lisbon itu gagal untuk menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut bersama Arsenal dan Sweden, sekali gus menimbulkan kegusaran dalam kalangan peminat The Gunners.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata, beliau amat mengharapkan Gyokeres dapat menamatkan kemarau jaringan dan menganggap aksi berdepan Atletico sebagai peluang terbaik untuk meraih semangat baharu.

“Dia (Gyokeres) memiliki peluang cukup baik untuk menjaringkan gol ketika bertemu Fulham sebelum ini. Saya fikir dia ada beberapa peluang tetapi nasib tidak menyebelahinya pada perlawanan itu.

“Secara jujur, memang kami semua mahukan dia untuk menjaringkan gol atas usaha serta kerja keras yang ditunjukkan dalam setiap perlawanan. Saya percaya detik itu akan tiba dan dia kembali menjaringkan gol,” katanya.

Secara keseluruhan, Gyokeres baru meledak tiga gol sejak menyertai Arsenal awal musim ini, namun keberadaannya dalam padang amat penting kerana secara tidak langsung membuatkan pemain lain seperti Bukayo Saka mendapat lebih banyak ruang.

Sementara itu, Arteta turut menganggap aksi menentang Atletico sebagai peluang terbaik untuk menguji kemampuan pemain-pemain lain selepas ketiadaan Martin Odegaard, Noni Madueke dan Kai Havertz akibat kecederaan.

“Sebab itulah kami memerlukan skuad yang besar kerana jadual sekarang lebih padat. Kami perlu uruskan situasi ini dengan bijak dan cuba mengeluarkan aksi terbaik daripada semua pemain,” ujarnya.

Sebagai rekod, Arsenal kini berada pada momentum terbaik menerusi empat kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan termasuk mengungguli tangga teratas EPL dengan kelebihan tiga mata ke atas Manchester City di tangga kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI