fbpx
Kereta jenis Mercedez Benz dan barang-barang yang dicuri ketika kedua-dua suspek memecah masuk rumah mangsa di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Dua lelaki dicekup 14 jam lepas pecah rumah, larikan dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis menahan dua lelaki tempatan selepas dipercayai terlibat kes pecah rumah dan melarikan dua buah kenderaan di kawasan Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada seorang lelaki berusia 62 tahun pada pukul 7.45 pagi tadi.

Beliau berkata, pengadu yang merupakan seorang pesara universiti awam mendapati rumahnya dipecah masuk kira-kira pukul 4 pagi ketika dia dan isteri sedang tidur.

“Suspek dipercayai melarikan dua buah kenderaan, iaitu Mercedes Benz dan Perodua Kelisa, bersama sebuah beg tangan mengandungi dokumen peribadi milik isteri pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Cawangan D4, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 29 dan 32 tahun di Cheras.

Katanya, penahanan dibuat antara pukul 6 petang hingga 8.30 malam, kira-kira 14 jam selepas laporan diterima.

“Polis turut berjaya merampas kedua-dua kenderaan yang dicuri serta sebuah beg tangan milik isteri pengadu termasuk seutas jam tangan, seutas rantai emas dan dua telefon bimbit.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai 13 rekod jenayah dan sembilan rekod dadah manakala ujian air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya.

Tambahnya, mereka direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (Pecah Rumah), Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Curian Kenderaan Bermotor) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI