fbpx
Salah sebuah bot nelayan asing yang dilupuskan sebagai tukun tiruan di perairan Besut hari ini.

APMM musnah 12 bot nelayan asing ceroboh perairan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Maritim Malaysia (APMM) memusnahkan dan menenggelamkan 12 bot nelayan asing untuk dijadikan tukun tiruan di perairan Terengganu sejak awal tahun ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, kesemua bot bernilai keseluruhan RM1.7 juta tersebut ditahan pada tahun lalu sebelum dilucut hak oleh mahkamah baru-baru ini.

“Tiga buah dijadikan tukun tiruan dengan ditenggelamkan di sekitar perairan Besut. Bakinya pula dilupus secara musnah pecah di sekitar Kuala Terengganu dan Tok Bali, Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Hamiludin berkata, pelupusan secara lestari ini bagi menyokong usaha pemuliharaan ekosistem marin serta memperkayakan biodiversiti hidupan laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI