fbpx
OSCAR Arribas (dua dari kiri) meraikan jaringan pembukaan JDT yang terhasil seawal minit kelima perlawanan. - AFC

ACLE: JDT rebut tiga mata dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali menemui rentak kemenangan di Liga Juara-Juara Elit (ACLE) selepas menewaskan wakil China, Chengdu Rongcheng di Stadium Phoenix Hill Sports Park, sebentar tadi.

Selepas hanya mampu meraih satu mata daripada dua perlawanan awal, tiga mata kali ini meletakkan Harimau Selatan kembali ke dalam kelompok lapan terbaik dan kini berada di landasan lebih baik untuk memburu slot ke pusingan kalah mati.

Terdahulu, Harimau Selatan memulakan perlawanan dengan penuh sempurna apabila berjaya memperoleh gol pembukaan seawal minit ke-5 menerusi Oscar Arribas.

Seterusnya, perlawanan berlangsung menarik dengan kedua-dua pasukan saling mencipta peluang untuk menambah jaringan namun tiada sebarang gol mampu dicipta sepanjang baki 45 minit pertama.

Bersambung babak kedua, tuan rumah dilihat terus menggandakan asakan untuk memburu jaringan penyamaan namun pertahanan JDT nyata lebih bersedia untuk menyerap segala tekanan.

Walaupun dilihat lebih banyak menumpukan kepada tugasan bertahan, sisa perjuangan Chengdu Rongcheng seakan berakhir selepas Nacho Mendez meledak gol kedua pelawat pada minit ke-62.

Pada 5 Nomvember ini, Harimau Selatan akan meneruskan saingan di ACLE musim ini dengan menentang satu lagi kelab China, Shanghai Shenhua di Stadium Sultan Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI