fbpx
JDT memburu kemenangan pertama dalam saingan ACLE musim ini menjelang pertemuan menentang wakil China.

ACLE: JDT buru kemenangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JURULATIH Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mengakui pasukannya berada pada prestasi terbaik untuk memburu kemenangan pertama dalam pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menjelang aksi bertemu Chengdu Rongcheng, hari ini.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan masih belum menang pada dua aksi ACLE selepas tewas kepada Buriram United dan seri ketika menentang kelab Jepun, Machida Zelvia, bulan lalu.

Kini, Harimau Selatan yang berjaya mara ke peringkat kalah mati zon Asia Timur terdesak untuk meraih keputusan positif ke atas kelab Liga Super China di Stadium Wuliangye nanti.

Meskipun bakal mengharungi jadual padat pada bulan ini, Munoz optimis barisan pemain sudah bersedia daripada mental dan fizikal bagi memastikan matlamat pasukan dapat dicapai.

“Kita memiliki barisan pemain yang hebat dan mereka bersedia untuk mengharungi dua atau tiga perlawanan dalam tempoh seminggu.

“Itulah yang membezakan pemain berkualiti dengan pemain bola sepak yang biasa. Mereka ada kualiti untuk kekal konsisten dan faham dengan apa yang pengurusan mahukan.

“Apa sahaja yang berlaku, kita kekal fokus dan sedia untuk berikan yang terbaik pada perlawanan nanti,” katanya.

JDT menarik nafas lega apabila pemain utama, Arif Aiman Hanapi sudah kembali menyertai skuad utama dan sedia untuk diturunkan pada aksi kali ini.

Pemain berusia 23 tahun itu diberi pelepasan ketika aksi Piala FA menentang Penang FC minggu lalu kerana berada di Riyadh, Arab Saudi untuk menghadiri Anugerah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN