fbpx
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu. Pix bomba

6 cedera lori tanah terbabas turun bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Polis mengesahkan enam individu cedera dalam kemalangan empat kenderaan termasuk sebuah lori muatan tanah yang terbabas di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bukit Cerakah di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Pemangku Superintendan Mohd. Rahimi Zainol berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan melibatkan dua lori dan kereta itu, kira-kira pukul 10 pagi.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kemalangan pukul 8.57 pagi itu berlaku apabila lori membawa muatan tanah menuruni bukit hilang kawalan.

“Kenderaan berat itu kemudian terbabas dan menggelongsor ke kanan jalan lalu melanggar tiga kenderaan lain.

“Kejadian itu mengakibatkan enam mangsa dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya hari ini.

Tambah Mohd. Rahimi, pemandu lori tanah iaitu lelaki tempatan berusia 35 tahun cedera ringan dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kemalangan melibatkan dua lori masing-masing membawa muatan tanah dan sampah serta dua kereta Perodua Myvi.

Tiga lelaki warga asing dan seorang wanita berusia 34 tahun antara yang cedera dalam kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI