PETALING JAYA – Seekor ular senduk melalui saluran lubang di dalam tandas sebuah kedai pakaian kanak-kanak berjaya ditangkap selepas kehadiran reptilia itu disedari oleh salah seorang pekerja premis tersebut.
Kejadian itu berlaku di premis berkenaan di Kuala Krai, Kelantan dan video ular itu sedang melalui saluran lubang di dalam tandas turut dimuat naik pada TikTok kedai berkenaan.
Pada video itu, kelihatan ulang sedung berkenaan sedang menyusur di dalam saluran lubang sekali gus mengundang pelbagai maklum balas orang ramai yang seram dengan kejadian itu.
“Dah macam cerita Anaconda, bersisik dalam gelap tu,” kata pengguna TikTok Roseanne Farah.
“Uish tengok dalam lubang tu pun dah geli badan dia tu,” kataIzzaraqalisha.
“Baru Jumaat hari tu ular masuk rumah, punca dari lubang tandas. Nasib lah tergerak hati nak ke dapur masa tu. Kalau tak, tak tahu ada ular,” komen pengguna Azrina Azzahrah.
“Setiap kali masuk tandas awam atau stesen minyak punya tandas, mesti masuk lepas tu tengok dulu lubang tandas dengan lubang yang ada. Baru tutup pintu sebab risau,” komen Hidayu.
Sementara itu, pada video tersebut juga kelihatan ular senduk tersebut telah ditangkap oleh seorang lelaki. – KOSMO! ONLINE
@ccfkidsoutlet Nasib baik staff perasan masa masuk bilik air 😰😰 #fypp ♬ Suspenseful – Oleg Kashchenko