fbpx
Kenderaan yang ditahan kerana menawarkan perkhidmatan kereta sewa haram, semalam. Foto Facebook JPJ Selangor.

‘Ulat’ dicekup di KLIA tawar tambang RM120 ke Sri Hartamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Tindakan seorang lelaki menawarkan perkhidmatan kereta sewa haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 mengundang padah apabila dia diberkas anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam.

JPJ Selangor dalam hantaran di Facebook memaklumkan, suspek yang juga pemandu kereta jenis Toyota Vios ditahan selepas dikesan memujuk dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada tiga penumpang tempatan.

“Siasatan awal mendapati ‘ulat’ telah memujuk, merayu dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan dari KLIA Terminal 2 ke Balai Polis Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

“(Bayaran dikenakan) dengan kadar tambang sebanyak RM120 dan akan dibayar bila sampai ke destinasi,” katanya hari ini.

Katanya, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010) boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti ‘ulat’ ini juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1), di bawah akta yang sama.,” jelasnya.

JPJ turut menasihati orang awam supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan sah melalui kaunter rasmi di KLIA Terminal 1 dan 2, atau menempah melalui aplikasi e-hailing yang berlesen.

“Sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI