fbpx
Lokasi kejadian di sebuah sekolah menengah dekat Petaling Jaya.

Tikam pelajar perempuan: Permohonan sambung reman esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis akan memohon sambungan reman terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun yang disyaki menikam pelajar perempuan di sekolah menengah di Bandar Utama, pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, permohonan reman itu akan dilakukan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pukul 8 pagi esok.

“Perintah reman suspek akan tamat esok (21 Oktober) dan polis akan memohon sambung reman kedua esok pukul 8 pagi.

“Kertas siasatan akan dirujuk kali pertama kepada Timbalan Pendakwaraya (TPR) pada Rabu ini (22 Oktober),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga kini sebanyak 148 keterangan telah diambil daripada saksi bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pukul 9.10 pagi Selasa lalu, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui berlumuran darah di kawasan tandas sekolah akibat kecederaan parah dengan beberapa kesan tikaman pada leher dan badan.

Shamsudin dilaporkan berkata, pihaknya kemudian menahan pelajar lelaki berusia 14 tahun selain merampas dua senjata tajam di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman tujuh hari sehingga esok bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI