fbpx
TIGA ekor gajah liar yang memasuki kebun dan merosakkan tanaman penduduk berjaya ditangkap melalui dua operasi berasingan pada minggu lalu. - IHSAN PERHILITAN

Tiga gajah liar masuk kebun ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Tiga ekor gajah liar yang memasuki kebun dan merosakkan tanaman penduduk kampung berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) melalui dua operasi berasingan minggu lalu.

Operasi pada hari Selasa dan Khamis itu melibatkan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perhilitan Johor dengan kerjasama UTG Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian soon berkata, operasi dijalankan susulan aduan serta pemantauan berterusan pergerakan gajah liar yang dikesan di kawasan pertanian dan penempatan penduduk sejak awal bulan ini.

Katanya, tangkapan pertama di kawasan DK Ternak Sdn Bhd pada pukul 11.15 pagi melibatkan seekor gajah betina dengan saiz tapak kaki hadapan 39.37 sentimeter.

“Tangkapan kedua dan ketiga pula dilakukan di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Taman Wawasan Kahang pada pukul 10.16 dan 11.25 pagi.

“Tangkapan ini melibatkan seekor gajah betina dewasa dengan said tapak kaki hadapan 35.56 sentimeter dan seekor gajah dewasan dengan saiz tapak kaki hadapan 27.94 sentimeter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tian Soon lagi, semua tangkapan dibuat hasil operasi bersepadu yang bermula pada 8 Oktober lalu melibatkan pasukan UTG Perhilitan Johor dan UTG PKGK.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI