fbpx
KEBELAKANGAN ini, pelakon Uqasha Senrose kerap mengadu penat menguruskan anak dan dalam masa sama harus meneruskan komitmen sebagai pelakon sehingga tidak cukup rehat.

Tiada kelibat Kamal, Uqasha ‘korban’ tidur berjaga demi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Uqasha Senrose terpaksa mengorbankan waktu tidur apabila anak perempuannya, Hawra Uqaira mengalami batuk berpanjangan sejak beberapa hari lalu.

Menurut Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, dia terpaksa berjaga tengah malam bagi memantau keadaan Hawra sebelum pergi ke set penggambaran pada awal pagi.

“Tidak mengapa sayang, saya tahu awak tak sihat.

“Sudah beri Uqaira ubat lagi dan sekarang ibu boleh tidur sebentar sebelum bangun pada pukul lima pagi untuk pergi kerja pukul 7 pagi.

“Ibu nak Uqaira cepat sembuh okey dan kita boleh dapatkan tidur yang cukup,” katanya dalam Instagram hari ini.

Dia bagaimanapun tidak merasakan berjaga pada waktu malam adalah satu beban kerana sudah terbiasa dengan perkara tersebut.

Isteri kepada pelakon Kamal Adli itu sentiasa berdoa agar kesihatan anaknya segera pulih.

“Nasib ibu sudah hari-hari berjaga malam masa sejak awak baru lahir, Alhamdulilah.

“Tiga hari kita sama-sama tidak dapat tidur malam. Uqaira batuk teruk dan ibu pun demam.

“Anak ibu kuat dan saya pun kena kuat untuk awak. Saya boleh lakukannya, sudah empat hari ibu tak tidur, terus mandi pergi kerja,” ujarnya.

Bagaimanapun, kelibat Kamal tidak kelihatan dalam beberapa video yang dikongsi Uqasha.

Uqasha sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas membuat siaran langsung dan menceritakan mengalami ‘burn out’ menjaga anak dan dalam masa sama perlu keluar bekerja. Dalam waktu sama, pasangan itu juga dilihat sudah tidak saling mengikuti antara satu sama lain dalam Instagram.

Dia juga memberitahu keluarganya terutama ibu dan adiknya, Nelydia Senrose banyak membantu menjaga Uqaira sebelum ini.

Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan Hawra pada April tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI