fbpx
DZULKHAIRI MUKHTAR

Polis Melaka buat lawatan mengejut ke sekolah mulai Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Polis Melaka akan memulakan lawatan secara rawak ke sekolah-sekolah di seluruh negeri bermula Khamis ini bagi memperkukuh hubungan dengan warga pendidik serta memastikan aspek keselamatan di institusi pendidikan sentiasa terpelihara.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, langkah itu merupakan pelaksanaan awal susulan kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini yang menekankan keperluan keberadaan polis di sekolah bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan harmoni.

“Kita akan santuni semua sekolah, tidak kira sama ada sekolah itu bermasalah atau tidak.

“Tujuannya bukan untuk menakutkan, tetapi membina kepercayaan dan kerjasama antara polis dengan pelajar serta pihak sekolah,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, Datuk V.P. Shanmugam di Batu Berendam, di sini, hari ini.

Menurut Dzulkhairi, kehadiran polis bukan semata-mata untuk penguatkuasaan, sebaliknya bagi mengadakan sesi libat urus melalui interaksi terbuka bersama guru dan pelajar.

“Kehadiran anggota polis juga bertujuan mendidik tentang keselamatan diri dan tanggungjawab sivik.

“Langkah ini diharap dapat mengelak salah tanggapan serta memperkukuh persefahaman antara pihak berkuasa dan komuniti sekolah,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN