PETALING JAYA – Sambutan Deepavali tahun ini bertambah meriah buat penyokong tegar Manchester United (MU) apabila kemenangan 2-1 ke atas musuh tradisi, Liverpool, semalam menjadi hadiah manis buat mereka.
Pengguna TikTok, Divendran Baskaran berkongsi ‘pakaian’ di pagi sambutan Deepavali dengan mengenakan jersi merah kebanggaan pasukan The Red Devils.
Dia juga dengan bangga menunjukkan gaya 2 – 1 menggunakan tangan sebagai tanda gol kemenangan buat pasukan kegemarannya itu.
“Baju Deepavali Fans (penyokong) MU tahun ini. Happy Deepavali geng,” tulisnya.
Meskipun video dimuat naik Divendran hanya berdurasi 13 saat, namun ia meraih lebih 100,000 tontonan dan hampir 10,000 tanda suka.
“Bagi penyokong MU di Malaysia, Deepavali tahun ini bukan sekadar pesta cahaya tetapi juga pesta kemenangan. Salam 2-1,” kata @Rects.
“Satu hari senyum pergi beraya. Balik malam tidur pun dalam keadaan senyum,” selorih @JoyBoy.
“Glory Glory Man United. Happy Deepavali,” komen @Gunes81.
“Abang…kita bebas abang sudah, ngam-ngam (cukup-cukup) Deepavali kita menang bang 2-1,” kata @Eddy.
Terdahulu, kemenangan 2-1 hasil jaringan Bryan Mbeumo dan Harry Maguire itu sekali gus menambah slot kekalahan keempat berturut-turut buat The Reds dan ia pastinya beri tekanan besar kepada pengurus pasukan, Arne Slot yang hadir selaku juara bertahan Liga Perdana Inggeris. – KOSMO! ONLINE