fbpx
Rusuhan yang berlaku di Stadium Bloomfield, Tel Aviv. - Foto X

Penyokong bola sepak Israel bergaduh di stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Satu perlawanan bola sepak ‘derby’ di Tel Aviv dibatalkan atas faktor risiko terhadap nyawa orang ramai selepas rusuhan tercetus di dalam dan luar stadium, lapor portal berita MailOnline semalam.

Perlawanan yang berlangsung malam semalam di Stadium Bloomfield itu berubah menjadi huru-hara apabila keganasan tercetus antara penyokong kelab Hapoel dan Maccabi.

Pergaduhan itu memaksa pihak polis membatalkan pertembungan berprofil tinggi tersebut.

Polis Israel mengesahkan bahawa perlawanan itu dibatalkan berikutan gangguan dan risiko terhadap nyawa orang ramai.

Tindakan itu diambil selepas insiden ganas berlaku sebelum sepak mula yang membawa kepada penangkapan sembilan individu.

“Puluhan bom asap dan bahan piroteknik dilemparkan, menyebabkan 12 orang awam dan tiga anggota polis cedera. Pasukan di lokasi telah menangkap sembilan suspek dan menahan 16 lagi untuk siasatan lanjut,” kata polis.

Rakaman video yang dikeluarkan oleh polis menunjukkan suar dan objek dilemparkan ke dalam padang ketika penyokong bertembung dengan anggota-anggota rusuhan, manakala kekecohan turut merebak ke jalan-jalan di luar stadium. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI