fbpx
Muhammad Kifli (dua dari kiri) beramah mesra dengan media yang hadir ke majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran anjuran keluarganya di Kampung Kasar, Pasir Mas hari ini.

Pemandu lori buang muatan, padam GPS protes operasi JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Segelintir pemandu kenderaan berat bertindak membuang muatan, mematikan enjin dan Sistem Kedudukan Global (GPS) susulan pelaksanaan Ops Perang Kenderaan Lebih Muatan baru-baru ini.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pemandu berkenaan bertindak demikian selepas dipercayai mengikut arahan daripada pengusaha atau pemilik syarikat.

Menurutnya, tindakan membuang muatan di atas jalan itu berlaku di Jalan Labu, Negeri Sembilan pada Jumaat lalu.

“Kes kedua melibatkan perbuatan mematikan enjin dan GPS itu berlaku di Lebuh Raya Persekutuan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk.

“Situasi itu menyebabkan JPJ terpaksa meminta bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menunda lori berkenaan,” katanya kepada pemberita pada majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran anjuran keluarganya di Kampung Kasar di sini hari ini.

Muhammad Kifli memberitahu, ketiga-tiga tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh pemandu lori itu menyebabkan kesesakan di atas jalan raya.

Katanya, kejadian itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli untuk tindakan membatalkan permit dan menggantung Lesen Kenderaan Barangan (GDL) pemandu.

“JPJ tidak akan berkompromi dengan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lori. Justeru, kita akan menghantar laporan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk tujuan gantung atau batalkan permit lori tersebut dan menggantung GDL pemandu yang enggan memberikan kerjasama,” katanya.

Muhammad Kifli berkata, sebanyak 28 kes telah direkodkan sepanjang tempoh tiga hari pelaksanaan operasi bermula 14 hingga 16 Oktober lalu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI