fbpx
Objek yang tidak dikenali terbakar selepas terjatuh di sebuah gurun terpencil di Australia Barat. - Polis Australia Barat

Objek misteri jatuh dari langit, terbakar atas tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERTH – Satu objek misteri yang sedang terbakar ditemukan di sebuah gurun terpencil di Australia, dengan tiada petunjuk menunjukkan asal-usul item tersebut, lapor portal berita MailOnline.

Polis negeri Australia Barat melancarkan tindak balas pelbagai agensi selepas objek itu ditemukan pada pukul 2 petang (waktu tempatan) Sabtu lalu.

Pegawai-pegawai mendapati, objek itu masih terbakar, manakala pihak berkuasa membuat andaian bahawa ia jatuh dari angkasa.

Penilaian awal menunjukkan bahawa objek itu diperbuat daripada gentian karbon dan bermungkinan bekas tekanan berbalut komposit atau tangki roket.

“Penilaian teknikal selanjutnya dilakukan oleh jurutera dari Agensi Angkasa Australia untuk membantu mengenal pasti sifat dan sumbernya,” kata Polis Australia Barat. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI