fbpx
Hansi Flick

La Liga: Hansi Flick terlepas aksi El Clasico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Hansi Flick terpaksa akur apabila terlepas membantu pasukan pada aksi El Clasico selepas digantung satu perlawanan susulan layangan kad merah ketika bertemu Girona, awal pagi semalam.

Pada aksi itu, Flick telah dilayangkan kad merah selepas mengkritik pengadil perlawanan yang menyaksikan The Catalan menang 2-1 hasil jaringan Ronald Araujo dan Pedri.

Flick mengakui kecewa apabila pengadil salah faham dengan reaksi yang dipamerkan di barisan teknikal sehingga diarahkan keluar padang.

“Saya hanya menunjukkan emosi kerana inilah bola sepak. Apa yang berlaku adalah saya mahu menaikkan semangat barisan pemain dan bukan mengkritik pengadil,” katanya.

Barcelona ketika ini mengumpul 22 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan dan bakal menentang Real Madrid pada aksi liga minggu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI