fbpx
DIVA Indonesia, Krisdayanti mempamerkan aksi cemerlang dalam Kejohanan Dunia Kungfu ke-10 yang berlangsung di Emeishan, China sehingga menang pingat perak kategori Women’s Single Weapon Routines.

Krisdayanti menang perak kungfu peringkat dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi popular Indonesia Krisdayanti melakar sejarah terbaharu sendiri selepas memenangi pingat perak dalam acara Women’s Single Weapon Routines di Kejohanan Dunia Kungfu ke-10 yang berlangsung di Emeishan, China semalam.

Berita gembira itu dikongsi sendiri Krisdayanti, 51, yang mewakili Indonesia selain bangga menunjukkan pingat perak dan sijil dimenanginya ketika berdiri di atas podium selepas pertandingan tersebut.

“Berjaya menduduki tempat kedua dalam acara Women’s Single Weapon Routines.

“Terima kasih atas sokongan,” katanya.

Kejohanan yang berlangsung dari 14 hingga 20 Oktober itu menghimpunkan peserta dari pelbagai negara, termasuk Indonesia, bagi memperlihatkan kehebatan dalam seni mempertahankan diri tradisional China.

Kejayaan membanggakan tersebut meraih perhatian ramai sekali gus dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis

“Ini luar biasa Krisdayanti! Tahniah.

“Indonesia bangga dengan Krisdayanti!” komen netizen.

Difahamkan, nenek kepada dua cucu itu sudah berjinak dengan serius dalam sukan wushu sejak empat tahun lalu dan kategori disertainya adalah seni bela diri wushu menggunakan kipas sebagai senjata utama.

Kejohanan Dunia Kungfu anjuran Persekutuan Wushu Antarabangsa (IWUF) merupakan platform berprestij yang menghimpunkan atlet kungfu dari seluruh dunia bagi mempamerkan kemahiran dalam pelbagai kategori termasuk senjata, tangan kosong dan rutin tradisional. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI