SINGAPURA – Seorang pekerja terkejut apabila menemukan bangkai kucing yang dikerat-kerat di kawasan tangga bangunan pejabatnya di Singapura, lapor laman berita MSNews hari ini.
Jurutera berusia 36 tahun dan dikenali sebagai Bob, memberitahu laman berita AsiaOne bahawa dia menemukan bangkai tersebut selepas keluar dari pejabatnya di Ayer Rajah Crescent pada Selasa lalu.
Dia kemudian berkata, bangkai kucing itu kelihatan dikerat dengan teliti dan tiada kesan darah ditemui di sekitarnya.
“Ia memang mengejutkan dan menakutkan,” katanya.
Bob kemudian menghubungi polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian.
Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden tersebut dan menyerahkan kes itu kepada Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar untuk tindakan lanjut. – AGENSI