fbpx
KEPULAN asap akibat serangan Israel di Bureij, Gaza, semalam. - Foto AFP

Israel berterusan langgar gencatan senjata, 45 rakyat Gaza maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR GAZA – Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin di Gaza semalam selepas melancarkan serangan ke seluruh wilayah itu sekali gus melanggar gencatan senjata, lapor laman berita The New Arab.

Serangan itu berlaku selepas Israel mendakwa bahawa Hamas telah menyerang tenteranya di selatan Gaza yang diduduki Rejim Zionis.

Hamas menafikan mendapat makluman tentang serangan tersebut dan menegaskan bahawa mereka tetap komited mematuhi syarat-syarat gencatan senjata. 

Seorang pegawai Hamas menuduh Israel sedang mencari alasan untuk melancarkan semula peperangan di wilayah itu.

Sementara itu, sayap bersenjata kumpulan tersebut mengumumkan pada sebelah petang bahawa mereka telah menemukan mayat seorang lagi tebusan Israel dan akan menyerahkannya kepada Rejim Zionis.

Perkara itu berlaku beberapa jam selepas Hamas menyerahkan dua lagi mayat tebusan warga Israel kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI