fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, angin kencang landa 11 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat di 11 negeri petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, antara negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak

“Di i Perak iamelibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin,” katanya di sini hari ini.

Tambah MetMalaysia, keadaan sama akan berlaku di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Di negeri Johor pula, ia melibatkan daerah Segamat dan Mersing manakala Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Bentong, Sarikei, Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit), Miri dan Limbang.

“Sementara itu cuaca buruk turut dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Kunak) dan Kudat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI