fbpx
ZI YU (kiri) dan Noraqilah terpaksa akur tewas kepada beregu China pada final Remaja Dunia kelmarin. - BAM

Gembira raih perak Kejohanan Remaja Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemain beregu wanita remaja negara, Low Zi Yu sekali lagi terlepas peluang membawa pulang kejuaraan selepas tewas pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia (WJC) 2025 di Guwahati, India.

Pada perlawanan akhir semalam, dia yang bergandingan dengan Noraqilah Maisarah Ramdan terpaksa akur tewas 13-15, 17-19 kepada beregu China, Tan Ke Xuan-Wei Yue Yue.

Walaupun sudah memberikan segala-galanya selain cuba mengheret aksi ke set penentuan, namun pasangan negara terpaksa menerima hakikat pulang dengan pingat perak.

Bagi Zi Yu, dia tetap gembira dengan gelaran naib juara meskipun jauh di lubuk hatinya ada perasaan kecewa kerana tidak dapat merealisasikan impian untuk membawa pulang gelaran juara remaja dunia.

“Memang benar ini adalah pingat perak kedua saya di WJC dan ia adalah pencapain yang cukup besar. Bagaimanapun, jika kami berjaya mendapatkan pingat emas, sebenarnya itu sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Pada edisi tahun lalu, Zi Yu yang bergandingan bersama Dania Sofea Zaidi turut pulang dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada pasangan Jepun, Ririna Hiramoto-Aya Tamaki di perlawanan akhir.

Bagaimanapun, Dania terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) pada Ogos lalu, sekali gus memaksa Zi Yu untuk membentuk gandingan baharu bersama Noraqilah.

“Saya boleh katakan permainan kami hari ini (kelmarin) tidak begitu bagus dan pemain lawan mempamerkan aksi cukup baik. Kami seperti takut-takut manakala lawan bermain dengan berani,” ujar Zi Yu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI