fbpx
GYOKERES hanya menjaringkan tiga gol daripada lapan perlawanan pertama EPL musim ini. - Foto ihsan Facebook Arsenal

EPL: Gyokeres bukan penyerang ‘lemah’ – Arteta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mempertahankan ketajaman penyudah Viktor Gyokeres selepas dikritik hebat apabila gagal menyudahkan peluang ketika pasukan menang 1-0 ke atas Fulham, dalam aksi EPL awal pagi semalam.

Menurut Arteta, apa yang dipamerkan oleh penyerang antarabangsa Sweden itu sudah cukup berkualiti walaupun gagal menjaringkan gol sejak tujuh perlawanan kompetitif yang lepas.

“Saya rasa Gyokeres agak bergelut untuk menjaringkan gol tetapi dia semakin hampir menemui prestasi terbaik.

“Semua pemain mahu melihat dia dapat menjaringkan gol kembali dan kami langsung tiada masalah dengannya di atas padang kerana kerja keras yang dipamerkan sepanjang perlawanan.

“Justeru, saya percaya dia akan meledak tidak lama lagi,” katanya.

Sebagai rekod, Gyokeres telah berhijrah ke Arsenal dengan reputasi hebat selepas 97 gol daripada 102 perlawanan bersama kelab terdahulu, Sporting Lisbon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI