fbpx
Anwar (tengah) mengadakan kunjungan ke kediaman Gobind (tiga,kiri) sempena Deepavali hari ini. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Anwar, isteri dan barisan menteri kunjungi kediaman Gobind sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan semangat perpaduan dan kebersamaan apabila berkunjung ke kediaman Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena sambutan Deepavali hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Anwar berkata kunjungan itu bertujuan meraikan suasana perayaan bersama pemimpin berbilang kaum serta mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama rakyat.

“Berkunjung ke kediaman Menteri Digital saudara YB Gobind Singh Deo untuk bersama meraikan semangat perpaduan dan kebersamaan.

“Semoga seluruh penganut Hindu berbahagia di samping keluarga tersayang. Deepavali Nal Vazhtugal!,” katanya.

Kunjungan secara santai itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI