fbpx
Gambar tular orang awam yang cedera didakwa terkena letupan mercun di Paya Besar, Kulim tengah malam tadi. - Gambar media sosial

Sambut Deepavali: 10 individu cedera, mercun tiba-tiba meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Kira-kira 10 orang dilaporkan cedera akibat letupan mercun sempena sambutan Deepavali di Paya Besar, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu, kesemua mereka dikejarkan ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan pada kepala, muka dan badan.

Difahamkan, mercun itu tiba-tiba meletup di bawah dan terkena pada orang awam yang berkumpul di situ untuk menyaksikan persembahan bunga api.

Beberapa gambar dan video kejadian turut tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI